RSS

Monday, August 24, 2009

RaMaDhaN aL-mUbARak


sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
'diberi kpd kaumku 5 perkara yg belum pernah diberi pada umat2 yang sebelumnya ;

1) bau mulut ORANG BERPUASA lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah

2) segala perbelanjaan dan derita lapar selama laparnya adalah SYURGA BALASANNYA

3) diampunkan dosa-dosa mereka di MALAM AL-QADAR

4) amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan digandakan kepada 10 SEHINGGA 700x GANDA, bagi mereka yang berpuasa,menahan syahwat dan makan minum kerana Allah

5) 2 nikmat yang dikurniakan adalah ketika mereka BERBUKA PUASA dan ketika mereka BERTEMU DENGAN ALLAH

Sunday, August 09, 2009

MUTIARA KATA AL-QARNI

ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah keberhasilan,
dan siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa,
maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh..

sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai,
anda merasa damai dengannya,
anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya,
ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya,
dan tidak membocorkan rahsia anda..

sepotong roti kering dalam keamanan
itu lebih lazat daripada madu dalam ketakutan..
tinggal di khemah tetapiterjaga dari fitnah
itu lebih baik daripada tinggal di istana yang penuh fitnah..

Wednesday, August 05, 2009

KENAPA??

kenapa dan mengapa semua nie harus berlaku..
aku sedih bila terasa ditinggalkan..
aku sedih bagai hilang pedoman..
aku sedih bila tertimpa dugaan sebegini rupa..

saat aku beria-ia berusaha..
makin ramai pula umpama memperlekehkan aku..
tanggungjawab yang diamanahkan buat aku kaget..
bila aku kan berjaya laksanakan semua ini dengan sempurna??
bila??
kelak bila ditanya Nya..
apa aku nk jawab..
amanah yang diberi untuk dilaksanakan..
bukan untuk dipijak2 dan diabaikan..


seperti firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.'

sahabatku pernah berpesan dengan ayat ini sebagai sandaran..
aku sedar..
di sekeliling aku bukan hanya ada kawan, tapi jua lawan..
siapa yang gagal sebelum berjuang, dia memng gagal buat selamanya..
dugaan ini seharusnya aku terima dengan rela hati..
kerana kasih sayangNya pasti kan mengiringi..
semoga aku dapat bangkit dengan cepat..
agar amanah ini dapat ku laksanakan dengan penuh tanggungjawab..
hanya kerana Dia Yang Satu..
yang tidak pernah berenggang dengan ku..