RSS

Monday, June 01, 2009

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA


1. Apabila mendengar azan, bangunlah solat serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran dan buku-buku ilmiah atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik dan janganlah sama sekali membuang masa walaupun sedikit.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul adalah satu-satunya syiar agama Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun, kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah marah, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu selalunya tenang, tenteram dan bahagia.

6. Janganlah banyak ketawa, kerana umat yang sedang berjuang itu bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring dari yang dikehendaki oleh pendengar, kerana yang demikian itu adalah satu resmi yang sia-sia, malah menyakiti orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa yang boleh mendatangkan kebajikan

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslimin yang ditemui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas pergerakan seruan kita adalah kasih-sayang.

10. Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu bantulah saudaramu dan ringankanlah bebanannya.

0 comments:

Post a Comment