RSS

Sunday, December 12, 2010

Binnabil Huda - Dengan Hidayah Nabi

Binnabil huda,
يا رسول السلام
Wayamursala rahmatan lil anam,
عليك صلاه عليك سلام,
Wasahbikawatar bi'i nalkiron,

**binnabil huda,
nahluju dulhuda,
sanabki alal aditu lul mada,
bazzalnaddimak war todhoi nar rodha',
li nashril huda ya rasulussalam

yamustapha rasulullah,
ya sanadi ya sayyidi sollu, sollu,sollu, sollu,

selawat*

repeat bridge**

ya shafiei, khubbi, yadi,
ya rasulullah, habiballah
hual hadil basyi,
sollu,sollu,sollu,sollu,

selawat*

shafi'una, shafi'una, shafi'una, shafi'una,
rasulolloh, habiballah, nabiyallah, sofiyollah,rasulullah,

selawat

Sunday, October 31, 2010

Study week bermula

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah..
tamat sudah sesi pembelajaran formal sem ni..sem 7! khamis lepas, kuliah 4 jam menjadi kuliah terakhir ku sem ini..kuliah Meat Technology, given by 2 lecturers (my own dean, Prof Abdullah n Dr.John to be (>_<).. subhanallah.. alhamdulillah..thummahamdulillah.. segalanya di permudahkan..walaupun mgkin ada 'lompong2' kecil atas dugaan Ilahi, ku cuma tuk baikinya kembali..Allah jua lah yang Maha Mengerti perasaan ku ini.. x mungkin ada manusia yg dapat ku ceritakan semuanya seperti mana ku luahkan pada mu Ya Allah.. bermula hari ini, study week bermula secara formal (kalu x formal, sptutnya setiap hari adalah study day..kan2 (",) 3 minggu yg bakal menerjah kan cuba ku penuhi sebaik mungkin.. 1 minggu cuti study week.. 1 minggu cuti deepavali.. 1 minggu cuti aidiladha..

subhanallah..banyaknya cuti..tapi cuti itu hnya pada pandagan kita..yg peting kerja2 tarbiyyah TAK PERNAH BERCUTI!
i'm a full time da'ie..bukannya da'ie pada medan sahaja..jadi cuti atau tak, kerja2 ku perlu diteruskan..

insyaAllah, perancangan yg dibuat semalam semoga dapat ku laksanakan sebaik mungkin..
planat dirancang, kita laksanakan dan Dia yang kan tentukan samada perancanagn kita seperti yang kita rancang taua perancangan dari Maha Perancang akan mendahului..Allahu rabbi..
tiap hari rasa semakin indah..tatkata hati ku makin2 terikat padaMu..subhanallah..
Engkau lah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat ku..a

ameen ya rabb

Wednesday, October 27, 2010

cintaMU ya ALLAH..aku KANGEN BANGAT

ya Allah..
saat aku mampu menitiskan air mata ini kerana MU adalah saat yg x ternilai harganya..
hanya Engkau yang tahu bila hati ini pedih..bila hati ini gembira, bila hati ini marah atau bermacam perasaan lagi yg menerpa..
hanya Engkau yg tahu ya Allah..
aku kangen bangat ya Allah..
rindu teramat kian menerpa..
saat ini pun aku mampu menangis bila menulis..
semua kerana RINDU ku pada MU ya ALLAH..
ya Allah, tenangkan lah hati ini ya Allah...(T_T)

segala yg terbuku di hati,
tidak mampu aku luahkan pada insan bergelar manusia..
tatkala menghadapMU..
tatkala berdoa kepada MU adalah saat-saat terindah buat diriku..
kerana segala yg terbuku di hati dapat ku luahkan..
kerana Engkau sentiasa ada untuk mendengarnya..
kerana Engkau sentiasa bersama walau bila,di mana, atau apapun keaadanku ketika itu..susah mahupun senang..

ya Allah...
surat cintaMU sentiasa dengan ku..
tapi ya Allah rasa rindu ini Engkau je yg tahu..

kerana ENGKAU penciptaku..
ENGKAU pemilik seluruh diriku..
ENGKAU tahu tentang diriku lebih dari aku mengerti tntng diri sendiri..

ya Allah..
ampunkan aku..
aku maaf kan setiap org sebelum tidur ku..
tapi esoknya, ujian lain pula menimpa..
aku tahu..itu dugaan untuk iman ku
semoga aku kuat ya Allah..

bukan cinta manusia yg aku harapkan..
tapi cinta ENGKAU yg hakiki dan kekal selama-lamanya..
cinta manusia kan buatkan aku lalai..
kan buatkan aku sering berangan-angan..
kan buatkan aku lupakan Mu..
kan buatkan aku mendekati zina hati..
kan membuatkan aku rindu manusia yg tidak halal bagi ku..
aku x nak ya ALLAH..

aku lebih-lebih rindukan ENGKAU..
lebih-lebih rindukan TARBIYYAH DIRECT dari MU..
kerana aku pernah hadapinya..
walaupun pedih tuk hadapi, namun pengakhirannya sangat-sangat indah..
x mampu di gambarkan..
subhanAllah..

'ya Allah tenangkan hati ini..kekalkan aku untuk sentiasa dambakan CINTAMU..'

ameen.......................................................





Thursday, May 13, 2010

Membeli sambil Membantu Palestin!!


assalamu'alaikum wbt..

Aqsa Syarif yang bermaksud 'Masjid Yang Dimuliakan' adalah suatu badan berdaftar yang bertanggungjawab dalam menggalas 4 misi penting iaitu;
i- Penyebaran Maklumat,
ii-Bantuan Kemanusiaan,
iii-Bantuan Kewangan dan
iv-Kerjasama.
Aqsa Syarif bertindak menjalankan kerja sukarelawan demi membantu saudara seislam kita di Palestin!!

Kalian berminat untuk mendapatkan barangan Aqsa Syarif atau ingin menyumbang?Ada banyak lagi barangan Aqsa Syarif yang cantik dan menarik untuk dimiliki..(lihat di photo slideshow dibahagian gadget)
insyaAllah, pembelian barangan ini akan disumbangkan jua untuk tabung Palestin..

dptkan maklumat lengkap mengenai barangan Aqsa Syarif melalui email;
najmi_unique@yahoo.com
bantuan/sumbangan;
salurkan ke akaun Maybank - 551575 004299
Bayaran melalui cek atas nama AQSA SYARIF BERHAD

aqsasyarif.com

Thursday, April 22, 2010

Mentari Hidup - Haikal


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Sunday, April 18, 2010

Pengalaman Baru

bismillahhirrahmanirrahim..
alhamdulillah, hari ni (18April, 8pg - 3.10ptg) sejarah baru pula bermula..bukan apa, dari dulu ag dah berkali2 dah diri ini kena suruh pi amik lesen..tapi alasan tu ada jerr..
awal ag lah,x dop masa lah, dok dang lah, dkat exam lah..mmg nok buat tapi dok dang sokmo..
ish..ish..ish..akhirnya 'terpaksa' jugak buat hari ni(^_^) Semalam, call Pok Hamid,emm..pakcik nie lah yg ajor k.Chik sy tuk amik lesen dulu..so akak cadangkan pada sy tuk blajor ngn pok ni..
alhamdulillah, dipermudahkan..
pok Hamid pesan 'esok datang PSM sblm 8 ya..bawak ic,bawak tuk bayaran sekali..pahtu pakai kasut sekolah'.. hehehe..lama d0h dop dgr ayat tu, kena pakai kasut sekolah.. emm,pakcik tu x tahu kot yg bakal pelajar dia nie dah 'tua' bukan budak sekolah ag..;p
pagi tadi, sampai kat PSM sy pun tepon lah pok Hamid..pok mintok sy tunggu kat pejabat pendaftaran dulu, dia on d way..
kata pok..'nanti pok masuk pejabat awok tegor lah pok ya..pok dok kenal awok..pok pakai topi'..
hikhik..kelakor plak..alih2, time pok masuk pejabat, aboh yg cam dulu tu pok Hamid..sebab sebelum2 ni, aboh yg gi antor amik k.Chik kat PSM & pok tu cikgu k.Chik gak..
yg lagi best nyer, masuk je pejabat lepas pok salam ngn aboh, bleh pok tanya soklan cepumas kat sy......'boleh dok agi ning?klu dok cukup umur dok leh amik lesen agi..berapa doh umor?'
hihihihi..aboh siap gelok agi..pastu empunya badan pun apa agi senyum je lah, smbil bagi ic yg pok mintok(cover cover)..pok doh pun masukkan nama sy tuk belajar ngn pok, so kalu ada apa2 kabor je kat pok..insyaAllah..
alhamdulillah, walaupun hari ni pengalaman boleh tahan lah teruk skit..dah muka ni mmg suka duk depan dlm kelas, sikit2 kena tanya soklan pastu on d spot plak kena jawab tanpa teng0k buku..ish3, doh lah sy ni x dop pengalaman langsung mandu, alih2 berguni2 soklan cikgu bagi tuk jawab dlm kelas..tapi x per, tu nama nya rezeki..
cikgu tanya on d spot, lagi senang ilmu masuk & mudoh tuk ingat insyaAllah..

ermm..tengok kartun kat sebelah nie..cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia yg beria-ria nok amik lesen ni..kononnyer lah kalu ada lesen baru lah boleh bwok motor, krete kat jalan raya secara SAH..ish3..
kalu lah kita ibaratkan 'lesen' itu umpama PAHALA..bersungguh2 kita untuk memastikan 'lesen a.k.a PAHALA' itu jadi milik kita..sanggup masuk kelas 'motor,kreta' 5-6 jam, sanggup pulak ke pusat ujian komputer untuk lulus ujian, hingga lah kalu tak dapat skurang2nya 42/50, sanggup bayar RM20 demi untuk amik semula test komputer..semua semata2 'lesen'..

bertungkus lumus kita buat amalan kebaikan, demi Allah agar kita diganjariNya dengan PAHALA..moga2 itu akan menge'SAH'kan lagi kita kelak untuk menuju syurgaNya.. sanggup kita buat amalan kebaikan itu berulang2 kali, sbb rasa masih belum cukup lagi amalan selama ini untuk membolehkan kita dapat PAHALA..
tapi bila dah sampai satu saat, tatkala Allah memakbulkan doa kita, kita rasa amalan kebaikan kita tu dah cukup..kita rasa Allah dah terima amalan kita, Allah dah kurniakan kita PAHALA..
kita rasa sangat yakin untuk merentasi jalan dunia, sebab yakin yg kita x akan buat silap..almaklumlah dah dapat PAHALA a.k.a lesen lah kononnyer!

ish..ish..ish..
ini lah manusia, baru je diuji Allah dengan sikit nikmat, terus jer lupa diri..
dapat je PAHALA a.k.a LESEN, terus x hiraukan dah LARANGAN2 ALLAH a.k.a ARAHAN DI JALAN RAYA..pecut ikut suka hati je..bukan nyer jaga betul2 PAHALA a.k.a LESEN tu..tup3,kena tahan dek Pak Polisi..semer kena check..rupanya lesen dh tamat tmpoh,rdtax x dperbaharui, arahan jalan raya main langgar jer..itu lah padahnyer..bila diri terasa SANGAT BAIK, x akan buat silap dah, x hiraukan dah larangan2 Allah kt sekeliling..bila tiba masa nyawa ditarik, baru sedar rupanya PAHALA yg dulu ada,kini dah takde..knapa??
sbb x perbaharui/tambah PAHALA,
sbb larangan Allah selama ni dh xamik kisah,redaahh jer..nauzubillah..
sbb manusia ni mudah lupa Allah, sedangkan Allah sentiasa rindu dgn rintihan kita untuk memohon sesuatu padaNya
semoga sama2 kita amik ibrah dari setiap perkara yg berlaku disekeliling kita..

'dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang'

Thursday, April 08, 2010

Kau Yg Bernama Lelaki

Kau yang bernama lelaki
Lahirmu di sini sebagai seorang pemimpin
Lahirmu jua untuk melindungi yang lain

Jangan engkau pesongkan amanah yang telah diberikan
Jangan engkau abaikan tanggungjawab yang telah diserahkan
Jangan engkau khianati kepercayaan yang telah diucapkan
Dan jangan engkau abaikan janji yang telah kau lafazkan

Jadilah seorang lelaki yang beriman
Jadilah seorang pemimpin yang adil
dan jadilah pelindung kepada yang perlukan perlindunganmu

Berbanggalah kerana dirimu dilahir untuk menjadi pemimpin
Beruntunglah kerana dirimu dipilih untuk melindungi wanita

Ayuh… kita martabatkan peranan masing-masing. Bantulah mereka yang bergelar wanita untuk merasai diri mereka dilindungi. Perlukan perlindungan bukannya bererti mereka lemah. Tetapi ianya satu penganugerahan yang membantu memartabatkan maruah mereka.

Sokonglah usaha yang telah dilakukan. Semoga setiap usaha kita akan dimudahkan dan diberkati Allah. InsyaAllah.

link : http://www.raudhatussakinah.com

Friday, April 02, 2010

hAti yAng mAti

Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:

  1. Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
  2. Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
  3. Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
  4. Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
  5. Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
  6. Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
  7. Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
  8. Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  9. Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
  10. Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.

Wednesday, March 17, 2010

Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain

Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya

Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Monday, March 15, 2010

SiKiT pErkoNGsiAn

bismillahirrahmannirrahim..
alhamdulillah, weekend lepas baru balik mukhayyam keluarga di sekayu..bukan keluarga sendiri, tapi keluarga2 angkat..dan mana2 peserta yg 'single' kan dpt famili angkat spnjang mkhayyam..best sgt..kalu selama ni sy sering berada sekitar sini2 je,alhamdulillah kian berkembang sbb dapat kenai lagi ramai org terutama dri trgganu selatan..=) spanjang mukhayyam banyak benda baru dpt dilihat dan dipelajari..bagaimana gerak kerja sebuah keluarga du'at, sikap mulia untuk xberkira dlm menghulurkan bantuan, menjaga ahli keluarga lain sperti kluarga sendiri, etc..banyak sgt lah, x tertulis sy kat sini..
dari sekayu, tiba di rumah kira-kira 3.20ptg, sabtu 13 mac..on d way balik, abah bagitahu yg slah seorng warga kampung kami meninggal jam 11++ pgi tu..tgahari dlm 12 ++ masa kat kenduri jiran kami, baru kbanyakkan org kampung dapat berita tu termasuk abah..alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sjurus solat asar..
bila ditanya pada abah, pokmat sakit apa, abah kata mugkin jantung.abah pun xtahu sangat..tapi dalam keadaan segar2 je, tak tersangka2..pastu abah pesan;'tu lah kita nie tak tahu bila kan mati..masa sihat pun boleh mati..xyah sakit2 dulu baru mati..dah sampai masa, mesti kan mati jugak'..
betul kata abah tu..alhamdulillah dpt tazkirah free dalam kereta(>_<)
emm..pok mat gas..panggilan yg cukup sinonim dgn arwah..orang nya baik, seorng pnjual gas..kalu sapa2 yg beli gas ngn arwah, xperlu susah2 angkut atas motor@kereta..pokmat@isteri akan sudi menghantar ke mana2 rumah x kira waktu..
tu lah kan..ajal maut ditangan tuhan..kita tak tahu bila masanya, cuma kita kena sedia sokmo lah..tapi ntah ler, sy pun belum bersedia rasanya..kalu 100% tu, xpasti lah dh smpai blum 5 % amalan yg dbuat..semoga Allah jaga hati ini, jgn dibolak balikkan ia..ameen

Thursday, March 11, 2010

dulu Musafir Kasih,skrg Tautan Hati tercipta,insyaAllah soleh wa musleh to be('',)

bismillahirrahmanirrahim..

salam..
dah lama nk continue nulih tapi ada jer halangan..
kalu bkan hok 'ori', maka dh tentu halangan hok 'fotokopi' datang bertubi2..
yg pasti sy tetap ori, bukan fotokopi..
ish3..ntoh ler..
hampir seminggu menyepi diri,tup2 kuar tajuk nie..
kalu baca, pelik je kan??macam nak promote novel Fatimah Syarha la plak(>_<) bukan apa..lately buzy skit dgn kerja2 dunia,tapi letih lelah terubat bila lihat insan2 disekelilingku makin 'tertaut hatinya'..

dulu Musafir Kasih,skrg Tautan Hati tercipta,insyaAllah soleh wa musleh to be('',)
dulu insan2 sekelilingku termasuk diri ini gak lh, samada di Terengganu mahupun luar (byk info keadaan skrg dpt dri fb sbnarnya) masih lagi tercari2, umpama seorang musafir, mencari hala tuju yang terbaik tuk diikuti..ada yang mencari erti kasih yg sebenar, erti kebebasan remaja berusia 20an, erti kehidupan di perantauan jauh dari pandangan keluarga tersayang & bermacam2 'erti' lagi lah yg dicari..& by that time walaupun ramai dah nampak semua yg benar tntng 'erti-erti' tu, tetap yang kurang benar dijadikan sandaran..jadi wujudlah couple, dating, etc..sayang sekali dan keadaan tu sama mcm lirik lagu Hanyut by UNIC ..‘Telah disuluhkan laluan, diberi segala pedoman, seiring akal dan fikiran,mengapa kehilangan’..

tu dulu-dulu lah..

kini kami duk berjauhan sementara..tapi masih lagi berhubungan..acap kali tagging antara 1 sama lain kat facebook jadi pengukuh ukhwah antara 1 sama lain..cuma sejak akhir2 ni sy sedar ada suatu yang lain sedang berlaku disebalik tagging yg kian berleluasa tu (ayat ganaz je bunyi dak=p)insan2 yang sy kenali ini makin banyak bercakap tentang tujuan tuk jadi lebih baik, ke arah mencari erti kasih yng sebenar, mencari erti remaja Islam yg sebenar, mengenali makna berjauhan dan berdikari dikala amanat ibubapa dibekalkan sekali..sebab tu lah saya tulis ‘sekarang Tautan Hati tercipta’..insyaAllah, itu yang amat saya impikan..mungkin insan-insan seperti mereka ini yg kian tertaut hatinya pada agama, pada kebaikan akan kembali mengembalikan kegemilangan Islam satu masa nanti..

dan insyaAllah, insan2 yang soleh dan musleh, yang baik dan memperbaikan orang lain dapat dilahirkan jika kita mulakan sekarang..jangan tunding jari pada orang lain..KITA YANG PERLU MULAKAN..kalu hari ini kita kata tak mampu, esok pun kita akan ulang ayat tu..masih lagi tak mampu..masih x sampai seru..semua masih itu, masih ini, masih sokmo jadinya..ayuh kembali tanpa putus asa.

'Allah! Pimpini diriku, Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan.........Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta' - Langkah Tercipta -UNIC

Saturday, March 06, 2010

KEBETULAN KAH SEMUA INI???


ya Allah..
hari nie aku cuba tuk mulakan hari dengan lebih baik ya Allah..
tapi kenapa ya Allah, aku diuji sebegini rupa ya Allah..
berpusu-pusu air mata kluar meloloskan diri kerana perkara2 itu..
bukan aku tidak redha ya Allah..
tapi ya Allah kuatkan lah aku
lindungi ku dari putus asa..
sedih bangat!!

ya Allah..
kebetulan apakah ini..
aku cuba elakkan diri dari makin terjebak dengan tipu daya syaitan itu..
tapi kenapa ya Allah..
makin hari makin banyak perkara2 bersangkut paut..
makin hari makin lalai dek pujukan musuhMu yang nyata itu..

ya Allah
diKaulah penakluk nyawaku
betapa lemahnya diriku ini ya Allah menerima ujianMu
ku cuba ya Allah
ku pasrahkan semua dari Mu itu
kini..
baru aku sedar dengan pelbagai keindahan nikmatMu ya Allah
tapi aku x pandai bersyukur..
kini ku harapkan cinta Mu ya Allah
moga jadi penawar dosa-dosa ku..

PERMULAAN HARI BARU

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..
dh lama x menaip kat sini, akhirnya dpt jugak smbung semula..
perjalanan hidup yg smakin pendek ni agak melelahkan sebenarnya..
bukan lelah kerana bnyak kerja, tapi lelah kerana takut x smpat nak tanam lebih banyak lagi benih2 ibadat kat dunia nie..bila2 masa je nyawa kan terputus dari jasad pnjaman ni..
ya Allah ya Rabbi, permudahkanlah..
sedikit perkongsian>>
ada seorang sahabat nie, banyak yg sy belajar dari dia samada scara terang2 diajar, x pun sy bljar dari perilaku nya..dugaan demi dgaan Allah berikan untuk dia dan keluarga..tapi dia tetap tabah..
bahkan, setiap rasa sakit dan dugaan yg Allah berikan padanya buat kan dia lagi rasa berdosa..dia rasakan dia tidak laksanakan amanah dan tangungjawab yg sebenar2nya..dia rasakan apa2 yg terjadi sebagai balasan kerana dia tidak mampu tuk beri tunjuk ajar yg baik buat sahabat2 mahupun buat orng2 sekeliling..subhanallah
sy rasa cukup2 tersentuh..
tiap kali berhadapan dengan nya, benar..1 semangat baru sy dapat..mungkin dia tidak sedari, tapi sy tahu tentang tu..semangat tuk jadi seperti dia juga..tuk jadi cekal dah kuat semangat seperti dia juga..alhamdulilah dipertemukan dengannya..
seorang sahabat yg baik adalah, yg dapat bawa sahabatnya dan dirinya menjadi lebih baik..insyaAllah..
bukan saja dia, ada sahabat2 lain juga yg sangat2 membantu sy dalam melaksanakan amanah yg sedang dipikul ini..
rasa sangat2 bersyukur krn dimurahkan Allah rezeki, dengan bertemunya sahabat2 seperti mereka..
insyaAllah, sampai sini je coretan kali nie..
smoga dipermudahkan tuk perkongsian2 seterusnya..
jaga hati, jaga iman, jaga amal>>>satu lagi pesan salah seorg sahabat ku..
wallahua'lam..
wassalamu'alaikum wbt

Sunday, January 03, 2010

Rejim Israel memusnahkan lebih dari 130 buah rumah warga Palestin dalam tahun 2009.

Persatuan pembangun penduduk sekitar Baitul Maqdis melaporkan bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih dari 130 buah perumahan warga Palestin di bahagian timur Jerusalem pada tahun 2009, memperlihatkan bahawa angka ini telah menunjukkan peningkatan yg begitu ketara jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, persatuan itu menambah bahawa terdapat pemilik-pemilik 23 buah rumah telah dipaksa oleh pihak rejim Zionis untuk memusnahkan kediaman mereka sendiri, demi mengelakkan dari diseksa dan dihukum sekiranya mereka tidak bertindak sedemikian. Adalah dinyatakan bahawa kemusnahan rumah-rumah ini telah membawa kepada kehilangan tempat tinggal untuk 569 orang warga Palestin dari Jerusalem, termasuklah 281 orang kanak-kanak.

Di dalam konteks yang berlainan, Dr. Taleb Abu Sha’ar yang juga merupakan menteri hal-ehwal agama mengecam pihak rejim Zionis pada Selasa lalu kerana membiarkan pihak pelampau Yahudi menggunakan perlidungan ketenteraan untuk menceroboh dan mencemarkan perkuburan Islam ‘Pagar Al-Rahma’ yang bersebelahan dengan sisi timur Masjid Al-Aqsa.

Di dalam sidang akhbar beliau, Abu Sha’ar menyatakan bahawa pihak rejim Zionis telah menghalang warga Palestin untuk mengebumikan mayat-mayat mereka di perkuburan itu dengan alasan yang warga Palestin bertujuan untuk membina kawasan yg sama di sekeliling tembok kota lama tersebut.

Menteri tersebut menyeru kepada semua negara-negara Arab dan Muslim untuk bertindak dengan kadar segera demi menyelamatkan tempat-tempat suci dalam Islam di Jerusalem dan juga warga kota tersebut dari kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Bekalan air Gaza dalam keadaan genting

Ahad, 03/01/2010 – Program Alam Sekitar PBB ( UNEP ) memberi amaran bahawa bekalan air bawah tanah bagi menampung 1.5 juta rakyat Palestin berdepan kemungkinan terputus selepas kebanyakan punca air ini musnah akibat serangan Israel akhir 2008. Di dalam satu laporan UNEP di Gaza, sumber air alternatif perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini. “ Kemusnahan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, melainkan masa dapat diputarkan kembali ke belakang. Selain kerjasama Mesir-Israel turut mengeruhkan keadaan, tindakan harus dikenakan ke atas negara ini,“ demikian tercatat dalam laporan tersebut.

UNEP menjangkakan USD1.5 bilion diperlukan bagi memulihkan bekalan air tersebut selama 20 tahun, termasuk prosese mengasingkan garam yang tercemar ke dalam sumber air bawah tanah. Perkara ini termasuk dalam 20 tuntutan yang terkandung dalam laporan UNEP bertajuk “ Kualiti Alam Sekitar Semenanjung Gaza : Disember 2008-Januari 2009”.

Laporan tersebut juga memberitahu perang Israel-Palestin into turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Selain itu, kemusnahan ekonomi yang disebabkan Israel memerlukan tahap pemulihan yang tinggi dan mengambil masa yang lama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/