Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, persatuan itu menambah bahawa terdapat pemilik-pemilik 23 buah rumah telah dipaksa oleh pihak rejim Zionis untuk memusnahkan kediaman mereka sendiri, demi mengelakkan dari diseksa dan dihukum s
ekiranya mereka tidak bertindak sedemikian. Adalah dinyatakan bahawa kemusnahan rumah-rumah ini telah membawa kepada kehilangan tempat tinggal untuk 569 orang warga Palestin dari Jerusalem, termasuklah 281 orang kanak-kanak.
Di dalam konteks yang berlainan, Dr. Taleb Abu Sha’ar yang juga merupakan menteri hal-ehwal agama mengecam pihak rejim Zionis pada Selasa lalu kerana membiarkan pihak pelampau Yahudi menggunakan perlidungan ketenteraan untuk menceroboh dan mencemarkan perkuburan Islam ‘Pagar Al-Rahma’ yang bersebelahan dengan sisi timur Masjid Al-Aqsa.
Di dalam sidang akhbar beliau, Abu Sha’ar menyatakan bahawa pihak rejim Zionis telah menghalang warga Palestin untuk mengebumikan mayat-mayat mereka di perkuburan itu dengan alasan yang warga Palestin bertujuan untuk membina kawasan yg sama di sekeliling tembok kota lama tersebut.
Menteri tersebut menyeru kepada semua negara-negara Arab dan Muslim untuk bertindak dengan kadar segera demi menyelamatkan tempat-tempat suci dalam Islam di Jerusalem dan juga warga kota tersebut dari kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/





