RSS

Sunday, January 03, 2010

Rejim Israel memusnahkan lebih dari 130 buah rumah warga Palestin dalam tahun 2009.

Persatuan pembangun penduduk sekitar Baitul Maqdis melaporkan bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih dari 130 buah perumahan warga Palestin di bahagian timur Jerusalem pada tahun 2009, memperlihatkan bahawa angka ini telah menunjukkan peningkatan yg begitu ketara jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, persatuan itu menambah bahawa terdapat pemilik-pemilik 23 buah rumah telah dipaksa oleh pihak rejim Zionis untuk memusnahkan kediaman mereka sendiri, demi mengelakkan dari diseksa dan dihukum sekiranya mereka tidak bertindak sedemikian. Adalah dinyatakan bahawa kemusnahan rumah-rumah ini telah membawa kepada kehilangan tempat tinggal untuk 569 orang warga Palestin dari Jerusalem, termasuklah 281 orang kanak-kanak.

Di dalam konteks yang berlainan, Dr. Taleb Abu Sha’ar yang juga merupakan menteri hal-ehwal agama mengecam pihak rejim Zionis pada Selasa lalu kerana membiarkan pihak pelampau Yahudi menggunakan perlidungan ketenteraan untuk menceroboh dan mencemarkan perkuburan Islam ‘Pagar Al-Rahma’ yang bersebelahan dengan sisi timur Masjid Al-Aqsa.

Di dalam sidang akhbar beliau, Abu Sha’ar menyatakan bahawa pihak rejim Zionis telah menghalang warga Palestin untuk mengebumikan mayat-mayat mereka di perkuburan itu dengan alasan yang warga Palestin bertujuan untuk membina kawasan yg sama di sekeliling tembok kota lama tersebut.

Menteri tersebut menyeru kepada semua negara-negara Arab dan Muslim untuk bertindak dengan kadar segera demi menyelamatkan tempat-tempat suci dalam Islam di Jerusalem dan juga warga kota tersebut dari kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

0 comments:

Post a Comment