Sunday, December 12, 2010
Binnabil Huda - Dengan Hidayah Nabi
يا رسول السلام
Wayamursala rahmatan lil anam,
عليك صلاه عليك سلام,
Wasahbikawatar bi'i nalkiron,
**binnabil huda,
nahluju dulhuda,
sanabki alal aditu lul mada,
bazzalnaddimak war todhoi nar rodha',
li nashril huda ya rasulussalam
yamustapha rasulullah,
ya sanadi ya sayyidi sollu, sollu,sollu, sollu,
selawat*
repeat bridge**
ya shafiei, khubbi, yadi,
ya rasulullah, habiballah
hual hadil basyi,
sollu,sollu,sollu,sollu,
selawat*
shafi'una, shafi'una, shafi'una, shafi'una,
rasulolloh, habiballah, nabiyallah, sofiyollah,rasulullah,
selawat
Sunday, October 31, 2010
Study week bermula
alhamdulillah..
tamat sudah sesi pembelajaran formal sem ni..sem 7! khamis lepas, kuliah 4 jam menjadi kuliah terakhir ku sem ini..kuliah Meat Technology, given by 2 lecturers (my own dean, Prof Abdullah n Dr.John to be (>_<).. subhanallah.. alhamdulillah..thummahamdulillah.. segalanya di permudahkan..walaupun mgkin ada 'lompong2' kecil atas dugaan Ilahi, ku cuma tuk baikinya kembali..Allah jua lah yang Maha Mengerti perasaan ku ini.. x mungkin ada manusia yg dapat ku ceritakan semuanya seperti mana ku luahkan pada mu Ya Allah.. bermula hari ini, study week bermula secara formal (kalu x formal, sptutnya setiap hari adalah study day..kan2 (",) 3 minggu yg bakal menerjah kan cuba ku penuhi sebaik mungkin.. 1 minggu cuti study week.. 1 minggu cuti deepavali..

subhanallah..banyaknya cuti..tapi cuti itu hnya pada pandagan kita..yg peting kerja2 tarbiyyah TAK PERNAH BERCUTI!
i'm a full time da'ie..bukannya da'ie pada medan sahaja..jadi cuti atau tak, kerja2 ku perlu diteruskan..
insyaAllah, perancangan yg dibuat semalam semoga dapat ku laksanakan sebaik mungkin..
planat dirancang, kita laksanakan dan Dia yang kan tentukan samada perancanagn kita seperti yang kita rancang taua perancangan dari Maha Perancang akan mendahului..Allahu rabbi..
tiap hari rasa semakin indah..tatkata hati ku makin2 terikat padaMu..subhanallah..
Engkau lah yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat ku..a
ameen ya rabb
Wednesday, October 27, 2010
cintaMU ya ALLAH..aku KANGEN BANGAT
Thursday, May 13, 2010
Membeli sambil Membantu Palestin!!

i- Penyebaran Maklumat,
ii-Bantuan Kemanusiaan,
iii-Bantuan Kewangan dan
iv-Kerjasama.
Aqsa Syarif bertindak menjalankan kerja sukarelawan demi membantu saudara seislam kita di Palestin!!
Kalian berminat untuk mendapatkan barangan Aqsa Syarif atau ingin menyumbang?Ada banyak lagi barangan Aqsa Syarif yang cantik dan menarik untuk dimiliki..(lihat di photo slideshow dibahagian gadget)
insyaAllah, pembelian barangan ini akan disumbangkan jua untuk tabung Palestin..
dptkan maklumat lengkap mengenai barangan Aqsa Syarif melalui email;
najmi_unique@yahoo.com
bantuan/sumbangan;
salurkan ke akaun Maybank - 551575 004299
Bayaran melalui cek atas nama AQSA SYARIF BERHAD
aqsasyarif.com
Thursday, April 22, 2010
Mentari Hidup - Haikal

Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Sunday, April 18, 2010
Pengalaman Baru

Thursday, April 08, 2010
Kau Yg Bernama Lelaki
link : http://www.raudhatussakinah.com
Friday, April 02, 2010
hAti yAng mAti
Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:
- Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
- Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
- Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
- Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
- Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
- Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
- Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
- Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
- Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
- Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.
Wednesday, March 17, 2010
Aku Cinta Allah
Monday, March 15, 2010
SiKiT pErkoNGsiAn
dari sekayu, tiba di rumah kira-kira 3.20ptg, sabtu 13 mac..on d way balik, abah bagitahu yg slah seorng warga kampung kami meninggal jam 11++ pgi tu..tgahari dlm 12 ++ masa kat kenduri jiran kami, baru kbanyakkan org kampung dapat berita tu termasuk abah..alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sjurus solat asar..
bila ditanya pada abah, pokmat sakit apa, abah kata mugkin jantung.abah pun xtahu sangat..tapi dalam keadaan segar2 je, tak tersangka2..pastu abah pesan;'tu lah kita nie tak tahu bila kan mati..masa sihat pun boleh mati..xyah sakit2 dulu baru mati..dah sampai masa, mesti kan mati jugak'..
betul kata abah tu..alhamdulillah dpt tazkirah free dalam kereta(>_<)
emm..pok mat gas..panggilan yg cukup sinonim dgn arwah..orang nya baik, seorng pnjual gas..kalu sapa2 yg beli gas ngn arwah, xperlu susah2 angkut atas motor@kereta..pokmat@isteri akan sudi menghantar ke mana2 rumah x kira waktu..
tu lah kan..ajal maut ditangan tuhan..kita tak tahu bila masanya, cuma kita kena sedia sokmo lah..tapi ntah ler, sy pun belum bersedia rasanya..kalu 100% tu, xpasti lah dh smpai blum 5 % amalan yg dbuat..semoga Allah jaga hati ini, jgn dibolak balikkan ia..ameen
Thursday, March 11, 2010
dulu Musafir Kasih,skrg Tautan Hati tercipta,insyaAllah soleh wa musleh to be('',)
bismillahirrahmanirrahim..
salam..
dah lama nk continue nulih tapi ada jer halangan..
kalu bkan hok 'ori', maka dh tentu halangan hok 'fotokopi' datang bertubi2..
yg pasti sy tetap ori, bukan fotokopi..
ish3..ntoh ler..
hampir seminggu menyepi diri,tup2 kuar tajuk nie..
kalu baca, pelik je
dulu Musafir Kasih,skrg Tautan Hati tercipta,insyaAllah soleh wa musleh to be('',)
dulu insan2 sekelilingku termasuk diri ini gak lh, samada di Terengganu mahupun luar (byk info keadaan skrg dpt dri fb sbnarnya) masih lagi tercari2, umpama seorang musafir, mencari hala tuju yang terbaik tuk diikuti..ada yang mencari erti kasih yg sebenar, erti kebebasan remaja berusia 20an, erti kehidupan di perantauan jauh dari pandangan keluarga tersayang & bermacam2 'erti' lagi lah yg dicari..& by that time walaupun ramai dah nampak semua yg benar tntng 'erti-erti' tu, tetap yang kurang benar dijadikan sandaran..jadi wujudlah couple, dating, etc..sayang sekali dan keadaan tu sama mcm lirik lagu Hanyut by UNIC ..‘Telah disuluhkan laluan, diberi segala pedoman, seiring akal dan fikiran,mengapa kehilangan’..
tu dulu-dulu lah..
kini kami duk berjauhan sementara..tapi masih lagi berhubungan..acap kali tagging antara 1 sama lain kat facebook jadi pengukuh ukhwah antara 1 sama lain..cuma sejak akhir2 ni sy sedar ada suatu yang lain sedang berlaku disebalik tagging yg kian berleluasa tu (ayat ganaz je bunyi dak=p)insan2 yang sy kenali ini makin banyak bercakap tentang tujuan tuk jadi lebih baik, ke arah mencari erti kasih yng sebenar, mencari erti remaja Islam yg sebenar, mengenali makna berjauhan dan berdikari dikala amanat ibubapa dibekalkan sekali..sebab tu lah saya tulis ‘sekarang Tautan Hati tercipta’..insyaAllah, itu yang amat saya impikan..mungkin insan-insan seperti mereka ini yg kian tertaut hatinya pada agama, pada kebaikan akan kembali mengembalikan kegemilangan Islam satu masa nanti..
dan insyaAllah, insan2 yang soleh dan musleh, yang baik dan memperbaikan orang lain dapat dilahirkan jika kita mulakan sekarang..jangan tunding jari pada orang lain..KITA YANG PERLU MULAKAN..kalu hari ini kita kata tak mampu, esok pun kita akan ulang ayat tu..masih lagi tak mampu..masih x sampai seru..semua masih itu, masih ini, masih sokmo jadinya..ayuh kembali tanpa putus asa.
'Allah! Pimpini diriku, Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan.........Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta' - Langkah Tercipta -UNIC
Saturday, March 06, 2010
KEBETULAN KAH SEMUA INI???

PERMULAAN HARI BARU
alhamdulillah..
dh lama x menaip kat sini, akhirnya dpt jugak smbung semula..
perjalanan hidup yg smakin pendek ni agak melelahkan sebenarnya..
bukan lelah kerana bnyak kerja, tapi lelah kerana takut x smpat nak tanam lebih banyak lagi benih2 ibadat kat dunia nie..bila2 masa je nyawa kan terputus dari jasad pnjaman ni..
ya Allah ya Rabbi, permudahkanlah..
sedikit perkongsian>>

ada seorang sahabat nie, banyak yg sy belajar dari dia samada scara terang2 diajar, x pun sy bljar dari perilaku nya..dugaan demi dgaan Allah berikan untuk dia dan keluarga..tapi dia tetap tabah..
bahkan, setiap rasa sakit dan dugaan yg Allah berikan padanya buat kan dia lagi rasa berdosa..dia rasakan dia tidak laksanakan amanah dan tangungjawab yg sebenar2nya..dia rasakan apa2 yg terjadi sebagai balasan kerana dia tidak mampu tuk beri tunjuk ajar yg baik buat sahabat2 mahupun buat orng2 sekeliling..subhanallah
sy rasa cukup2 tersentuh..
tiap kali berhadapan dengan nya, benar..1 semangat baru sy dapat..mungkin dia tidak sedari, tapi sy tahu tentang tu..semangat tuk jadi seperti dia juga..tuk jadi cekal dah kuat semangat seperti dia juga..alhamdulilah dipertemukan dengannya..
seorang sahabat yg baik adalah, yg dapat bawa sahabatnya dan dirinya menjadi lebih baik..insyaAllah..
bukan saja dia, ada sahabat2 lain juga yg sangat2 membantu sy dalam melaksanakan amanah yg sedang dipikul ini..
rasa sangat2 bersyukur krn dimurahkan Allah rezeki, dengan bertemunya sahabat2 seperti mereka..
insyaAllah, sampai sini je coretan kali nie..
smoga dipermudahkan tuk perkongsian2 seterusnya..
jaga hati, jaga iman, jaga amal>>>satu lagi pesan salah seorg sahabat ku..
wallahua'lam..
wassalamu'alaikum wbt
Sunday, January 03, 2010
Rejim Israel memusnahkan lebih dari 130 buah rumah warga Palestin dalam tahun 2009.
Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, persatuan itu menambah bahawa terdapat pemilik-pemilik 23 buah rumah telah dipaksa oleh pihak rejim Zionis untuk memusnahkan kediaman mereka sendiri, demi mengelakkan dari diseksa dan dihukum sekiranya mereka tidak bertindak sedemikian. Adalah dinyatakan bahawa kemusnahan rumah-rumah ini telah membawa kepada kehilangan tempat tinggal untuk 569 orang warga Palestin dari Jerusalem, termasuklah 281 orang kanak-kanak.
Di dalam konteks yang berlainan, Dr. Taleb Abu Sha’ar yang juga merupakan menteri hal-ehwal agama mengecam pihak rejim Zionis pada Selasa lalu kerana membiarkan pihak pelampau Yahudi menggunakan perlidungan ketenteraan untuk menceroboh dan mencemarkan perkuburan Islam ‘Pagar Al-Rahma’ yang bersebelahan dengan sisi timur Masjid Al-Aqsa.
Di dalam sidang akhbar beliau, Abu Sha’ar menyatakan bahawa pihak rejim Zionis telah menghalang warga Palestin untuk mengebumikan mayat-mayat mereka di perkuburan itu dengan alasan yang warga Palestin bertujuan untuk membina kawasan yg sama di sekeliling tembok kota lama tersebut.
Menteri tersebut menyeru kepada semua negara-negara Arab dan Muslim untuk bertindak dengan kadar segera demi menyelamatkan tempat-tempat suci dalam Islam di Jerusalem dan juga warga kota tersebut dari kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Bekalan air Gaza dalam keadaan genting
Ahad, 03/01/2010 – Program Alam Sekitar PBB ( UNEP ) memberi amaran bahawa bekalan air bawah tanah bagi menampung 1.5 juta rakyat Palestin berdepan kemungkinan terputus selepas kebanyakan punca air ini musnah akibat serangan Israel akhir 2008. Di dalam satu laporan UNEP di Gaza, sumber air alternatif perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini. “ Kemusnahan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, melainkan masa dapat diputarkan kembali ke belakang. Selain kerjasama Mesir-Israel turut mengeruhkan keadaan, tindakan harus dikenakan ke atas negara ini,“ demikian tercatat dalam laporan tersebut.
UNEP menjangkakan USD1.5 bilion diperlukan bagi memulihkan bekalan air tersebut selama 20 tahun, termasuk prosese mengasingkan garam yang tercemar ke dalam sumber air bawah tanah. Perkara ini termasuk dalam 20 tuntutan yang terkandung dalam laporan UNEP bertajuk “ Kualiti Alam Sekitar Semenanjung Gaza : Disember 2008-Januari 2009”.
Laporan tersebut juga memberitahu perang Israel-Palestin into turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Selain itu, kemusnahan ekonomi yang disebabkan Israel memerlukan tahap pemulihan yang tinggi dan mengambil masa yang lama.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/