RSS

Sunday, January 03, 2010

Rejim Israel memusnahkan lebih dari 130 buah rumah warga Palestin dalam tahun 2009.

Persatuan pembangun penduduk sekitar Baitul Maqdis melaporkan bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih dari 130 buah perumahan warga Palestin di bahagian timur Jerusalem pada tahun 2009, memperlihatkan bahawa angka ini telah menunjukkan peningkatan yg begitu ketara jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, persatuan itu menambah bahawa terdapat pemilik-pemilik 23 buah rumah telah dipaksa oleh pihak rejim Zionis untuk memusnahkan kediaman mereka sendiri, demi mengelakkan dari diseksa dan dihukum sekiranya mereka tidak bertindak sedemikian. Adalah dinyatakan bahawa kemusnahan rumah-rumah ini telah membawa kepada kehilangan tempat tinggal untuk 569 orang warga Palestin dari Jerusalem, termasuklah 281 orang kanak-kanak.

Di dalam konteks yang berlainan, Dr. Taleb Abu Sha’ar yang juga merupakan menteri hal-ehwal agama mengecam pihak rejim Zionis pada Selasa lalu kerana membiarkan pihak pelampau Yahudi menggunakan perlidungan ketenteraan untuk menceroboh dan mencemarkan perkuburan Islam ‘Pagar Al-Rahma’ yang bersebelahan dengan sisi timur Masjid Al-Aqsa.

Di dalam sidang akhbar beliau, Abu Sha’ar menyatakan bahawa pihak rejim Zionis telah menghalang warga Palestin untuk mengebumikan mayat-mayat mereka di perkuburan itu dengan alasan yang warga Palestin bertujuan untuk membina kawasan yg sama di sekeliling tembok kota lama tersebut.

Menteri tersebut menyeru kepada semua negara-negara Arab dan Muslim untuk bertindak dengan kadar segera demi menyelamatkan tempat-tempat suci dalam Islam di Jerusalem dan juga warga kota tersebut dari kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Bekalan air Gaza dalam keadaan genting

Ahad, 03/01/2010 – Program Alam Sekitar PBB ( UNEP ) memberi amaran bahawa bekalan air bawah tanah bagi menampung 1.5 juta rakyat Palestin berdepan kemungkinan terputus selepas kebanyakan punca air ini musnah akibat serangan Israel akhir 2008. Di dalam satu laporan UNEP di Gaza, sumber air alternatif perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini. “ Kemusnahan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, melainkan masa dapat diputarkan kembali ke belakang. Selain kerjasama Mesir-Israel turut mengeruhkan keadaan, tindakan harus dikenakan ke atas negara ini,“ demikian tercatat dalam laporan tersebut.

UNEP menjangkakan USD1.5 bilion diperlukan bagi memulihkan bekalan air tersebut selama 20 tahun, termasuk prosese mengasingkan garam yang tercemar ke dalam sumber air bawah tanah. Perkara ini termasuk dalam 20 tuntutan yang terkandung dalam laporan UNEP bertajuk “ Kualiti Alam Sekitar Semenanjung Gaza : Disember 2008-Januari 2009”.

Laporan tersebut juga memberitahu perang Israel-Palestin into turut mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Selain itu, kemusnahan ekonomi yang disebabkan Israel memerlukan tahap pemulihan yang tinggi dan mengambil masa yang lama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/