RSS

Thursday, April 22, 2010

Mentari Hidup - Haikal


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Sunday, April 18, 2010

Pengalaman Baru

bismillahhirrahmanirrahim..
alhamdulillah, hari ni (18April, 8pg - 3.10ptg) sejarah baru pula bermula..bukan apa, dari dulu ag dah berkali2 dah diri ini kena suruh pi amik lesen..tapi alasan tu ada jerr..
awal ag lah,x dop masa lah, dok dang lah, dkat exam lah..mmg nok buat tapi dok dang sokmo..
ish..ish..ish..akhirnya 'terpaksa' jugak buat hari ni(^_^) Semalam, call Pok Hamid,emm..pakcik nie lah yg ajor k.Chik sy tuk amik lesen dulu..so akak cadangkan pada sy tuk blajor ngn pok ni..
alhamdulillah, dipermudahkan..
pok Hamid pesan 'esok datang PSM sblm 8 ya..bawak ic,bawak tuk bayaran sekali..pahtu pakai kasut sekolah'.. hehehe..lama d0h dop dgr ayat tu, kena pakai kasut sekolah.. emm,pakcik tu x tahu kot yg bakal pelajar dia nie dah 'tua' bukan budak sekolah ag..;p
pagi tadi, sampai kat PSM sy pun tepon lah pok Hamid..pok mintok sy tunggu kat pejabat pendaftaran dulu, dia on d way..
kata pok..'nanti pok masuk pejabat awok tegor lah pok ya..pok dok kenal awok..pok pakai topi'..
hikhik..kelakor plak..alih2, time pok masuk pejabat, aboh yg cam dulu tu pok Hamid..sebab sebelum2 ni, aboh yg gi antor amik k.Chik kat PSM & pok tu cikgu k.Chik gak..
yg lagi best nyer, masuk je pejabat lepas pok salam ngn aboh, bleh pok tanya soklan cepumas kat sy......'boleh dok agi ning?klu dok cukup umur dok leh amik lesen agi..berapa doh umor?'
hihihihi..aboh siap gelok agi..pastu empunya badan pun apa agi senyum je lah, smbil bagi ic yg pok mintok(cover cover)..pok doh pun masukkan nama sy tuk belajar ngn pok, so kalu ada apa2 kabor je kat pok..insyaAllah..
alhamdulillah, walaupun hari ni pengalaman boleh tahan lah teruk skit..dah muka ni mmg suka duk depan dlm kelas, sikit2 kena tanya soklan pastu on d spot plak kena jawab tanpa teng0k buku..ish3, doh lah sy ni x dop pengalaman langsung mandu, alih2 berguni2 soklan cikgu bagi tuk jawab dlm kelas..tapi x per, tu nama nya rezeki..
cikgu tanya on d spot, lagi senang ilmu masuk & mudoh tuk ingat insyaAllah..

ermm..tengok kartun kat sebelah nie..cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia yg beria-ria nok amik lesen ni..kononnyer lah kalu ada lesen baru lah boleh bwok motor, krete kat jalan raya secara SAH..ish3..
kalu lah kita ibaratkan 'lesen' itu umpama PAHALA..bersungguh2 kita untuk memastikan 'lesen a.k.a PAHALA' itu jadi milik kita..sanggup masuk kelas 'motor,kreta' 5-6 jam, sanggup pulak ke pusat ujian komputer untuk lulus ujian, hingga lah kalu tak dapat skurang2nya 42/50, sanggup bayar RM20 demi untuk amik semula test komputer..semua semata2 'lesen'..

bertungkus lumus kita buat amalan kebaikan, demi Allah agar kita diganjariNya dengan PAHALA..moga2 itu akan menge'SAH'kan lagi kita kelak untuk menuju syurgaNya.. sanggup kita buat amalan kebaikan itu berulang2 kali, sbb rasa masih belum cukup lagi amalan selama ini untuk membolehkan kita dapat PAHALA..
tapi bila dah sampai satu saat, tatkala Allah memakbulkan doa kita, kita rasa amalan kebaikan kita tu dah cukup..kita rasa Allah dah terima amalan kita, Allah dah kurniakan kita PAHALA..
kita rasa sangat yakin untuk merentasi jalan dunia, sebab yakin yg kita x akan buat silap..almaklumlah dah dapat PAHALA a.k.a lesen lah kononnyer!

ish..ish..ish..
ini lah manusia, baru je diuji Allah dengan sikit nikmat, terus jer lupa diri..
dapat je PAHALA a.k.a LESEN, terus x hiraukan dah LARANGAN2 ALLAH a.k.a ARAHAN DI JALAN RAYA..pecut ikut suka hati je..bukan nyer jaga betul2 PAHALA a.k.a LESEN tu..tup3,kena tahan dek Pak Polisi..semer kena check..rupanya lesen dh tamat tmpoh,rdtax x dperbaharui, arahan jalan raya main langgar jer..itu lah padahnyer..bila diri terasa SANGAT BAIK, x akan buat silap dah, x hiraukan dah larangan2 Allah kt sekeliling..bila tiba masa nyawa ditarik, baru sedar rupanya PAHALA yg dulu ada,kini dah takde..knapa??
sbb x perbaharui/tambah PAHALA,
sbb larangan Allah selama ni dh xamik kisah,redaahh jer..nauzubillah..
sbb manusia ni mudah lupa Allah, sedangkan Allah sentiasa rindu dgn rintihan kita untuk memohon sesuatu padaNya
semoga sama2 kita amik ibrah dari setiap perkara yg berlaku disekeliling kita..

'dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang'

Thursday, April 08, 2010

Kau Yg Bernama Lelaki

Kau yang bernama lelaki
Lahirmu di sini sebagai seorang pemimpin
Lahirmu jua untuk melindungi yang lain

Jangan engkau pesongkan amanah yang telah diberikan
Jangan engkau abaikan tanggungjawab yang telah diserahkan
Jangan engkau khianati kepercayaan yang telah diucapkan
Dan jangan engkau abaikan janji yang telah kau lafazkan

Jadilah seorang lelaki yang beriman
Jadilah seorang pemimpin yang adil
dan jadilah pelindung kepada yang perlukan perlindunganmu

Berbanggalah kerana dirimu dilahir untuk menjadi pemimpin
Beruntunglah kerana dirimu dipilih untuk melindungi wanita

Ayuh… kita martabatkan peranan masing-masing. Bantulah mereka yang bergelar wanita untuk merasai diri mereka dilindungi. Perlukan perlindungan bukannya bererti mereka lemah. Tetapi ianya satu penganugerahan yang membantu memartabatkan maruah mereka.

Sokonglah usaha yang telah dilakukan. Semoga setiap usaha kita akan dimudahkan dan diberkati Allah. InsyaAllah.

link : http://www.raudhatussakinah.com

Friday, April 02, 2010

hAti yAng mAti

Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:

  1. Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
  2. Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
  3. Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
  4. Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
  5. Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
  6. Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
  7. Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
  8. Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  9. Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
  10. Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.