RSS

Tuesday, November 17, 2009

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum..
alhamdulillah, dah selesai paper last exam final..
paper agriculture extension, 9-11 pgi tdi..
dh nmanya extension, kira tension jgak lah nk menghapal bnyak menda, lbh2 ag berkaitan pertanian nie..
tpi xpe, setiap apa yg kita buat niat kan kerana Allah..semoga semuanya dikira ibadat oleh Allah Taala..ameen
wlupn dh abes exm, tapi xleh kelik umah ag lah..
esk ad seminar bakery, lusa ad seminar latihan industri + presentation pada owner kilang projek food safety n quality management..

em, 1week tuk rvision+ ~3weeks exam mmg bnyak dgaan..
time nie lh ad yg bergelak ktwa, ad yg nangis2, ad yg marah2, xkurang ad gak yg kena marah..kesian..
tapi
sabar jer lah..semoga segala ujian nie Allah bagi sebagai kfarah dosa2 kita..insyaAllah..
semoga setiap apa yang kita buat sntiasa dlm pimpinanNya di atas jalan yang benar..
jazakallh..

Monday, November 09, 2009

WAsIaT IMAM HASAN AL-BANNA


Wahai saudaraku, dengarlah



Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya. Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.


Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.


Wahai saudaraku;


Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhi larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa. Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.


Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu.


Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)


e-book ’ANTARA SEMALAM DAN HARI INI-IMAM HASAN AL-BANNA’

Sunday, November 08, 2009

kEpaStiAn..


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan

Yang buruk dijauhkan


Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita

Tangisan kesengsaraan insan


Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih Agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan

Yang lupakan Tuhannya

Yang lupakan Rasulnya

Yang lupa Agamanya


Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

(inteam)

Saturday, November 07, 2009

SkRin KeHidUpaN mAnUsiA

ALAM ROH
'Bukan kah Aku TuhanMu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudanMu)'
(Surah al-A'raf 7:172)



ALAM RAHIM
'...Sebaik genap 40 hari kali ke-2 terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap 40 hari kali ke-3 bertugar menjadi seketul daging. Kemudia Allah s.w.t mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis 4 perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya...'

ALAM DUNIA
'Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya'
(Surah al-Mulk 67:2)


ALAM BARZAKH

'Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di Padang Mahsyar)sehingga Kami tidak akan tinggalakn seorang pun dari mereka'
(Surah al-Kahfi 18:47)

ALAM MAHSYAR

'Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat) : Masuklah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab siksa api neraka yang seberat-beratnya!'
(Surah Ghaafir 40:46)

ALAM SYURGA @ NERAKA

'Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya'
(Surah Ali Imran 3:185)

Monday, November 02, 2009

kita SERU atau kita kan DISERU..


"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


syukur Allahamdulillah, Dia masih sygkan kita tuk terus bertaubat dan beribdat..
jika pagi tadi, kita di'syahid'kan Allah tuk selama2 nya..apakah kita dah bersedia tuk hadapi soalan2 malaikat Mungkar & Nakir??
adakah semalam sebelum tido kita dah mengucap syahadah, kita dah maafkan semua orang, kita dah lakukan witir sebagai penutup solat sebelum kita tido??


Abu Hurairah r.a (sahabat & murid Rasulullah)

“Kawanku, Rasullullah saw telah mewasiatkan 3 perkara kpdku, yang ketiga-tiganya tidak akan aku tinggalkan sampai mati. Iaitu: Berpuasa sunat sebyk 3 hr dalam setiap bulan, mengerjakan sembahyang sunat dhuha 2 rakaat, dan mengerjakan sembahyang witir sebelum tidur.”


jika semua tu tidak dibuat dan nyawa kita telah ditarik tuk selama-lamanya, apakah kesudahan kita nnti dihadapan malaikat..dan bagaimana pula di hadapan Allah kelak??

'Ya Allah..tetapkanlah lidah kami pada kalamMu, pada syahadahMu..agar kami xmnjadi org yg hina dan rugi..ameen..'

dakwah itu adalah menyeru..dkwah tidak hanya tertumpu pada ceramah atau program2 agama..
peribadi kita juga boleh brdakwah..tunjukkan akhlak yg baik, agar menjadi ikutan org..itu juga dakwah..
jgn disempitkan pemikiran kita, dakwah itu hnya perlu dilaksanakan oleh alim ulama, para ustaz/ah, para mufti smata2..TIDAK!!

dakwah itu amanah Allah,utk kita tegakkan agamaNya..ianya
WAJIB bagi setiap insan bergelar muslim..namun setiap apa yg kita nyatakan dan seru perlu lah benar dan selari dengan apa yg disampaikan Rasullullah SAW..ad htih rwyat Muslim mnyatakan jika kita mnyeru apa-apa yg tidak sama dengan apa yg Rasulullah sabdakan, maka salah satu tempat di neraka telah ditempah oleh kita..nauzubillahi min zalik..

Allah itu yg serba tahu segala sesuatu..semoga Dia sntiasa mmbmbing kita ke jalan yg diredhaiNya dan tidak terpesong dari siratul mustaqim..

'Gembirakan lah hatimu dgn mengingati kebaikan2 yg pernah engkau lakukan..Tenangkan jiwamu dgn bertaubat dari kesalahan2..Bahagiakanlah orang lain dgn menghulurkan bantuan'

mutiara kata Dr. 'Aidh b Abdullah Al-Qarni