RSS

Wednesday, December 23, 2009

SALAM MA'A AL-HIJRAH - SALAM BERSAMA BERHIJRAH




Salam maal hijrah..jom sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik..InsyaAllah

Tuesday, November 17, 2009

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum..
alhamdulillah, dah selesai paper last exam final..
paper agriculture extension, 9-11 pgi tdi..
dh nmanya extension, kira tension jgak lah nk menghapal bnyak menda, lbh2 ag berkaitan pertanian nie..
tpi xpe, setiap apa yg kita buat niat kan kerana Allah..semoga semuanya dikira ibadat oleh Allah Taala..ameen
wlupn dh abes exm, tapi xleh kelik umah ag lah..
esk ad seminar bakery, lusa ad seminar latihan industri + presentation pada owner kilang projek food safety n quality management..

em, 1week tuk rvision+ ~3weeks exam mmg bnyak dgaan..
time nie lh ad yg bergelak ktwa, ad yg nangis2, ad yg marah2, xkurang ad gak yg kena marah..kesian..
tapi
sabar jer lah..semoga segala ujian nie Allah bagi sebagai kfarah dosa2 kita..insyaAllah..
semoga setiap apa yang kita buat sntiasa dlm pimpinanNya di atas jalan yang benar..
jazakallh..

Monday, November 09, 2009

WAsIaT IMAM HASAN AL-BANNA


Wahai saudaraku, dengarlah



Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya. Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.


Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.


Wahai saudaraku;


Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhi larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa. Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.


Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu. Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan janganlah ragu.


Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)


e-book ’ANTARA SEMALAM DAN HARI INI-IMAM HASAN AL-BANNA’

Sunday, November 08, 2009

kEpaStiAn..


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan

Yang buruk dijauhkan


Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita

Tangisan kesengsaraan insan


Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih Agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan

Yang lupakan Tuhannya

Yang lupakan Rasulnya

Yang lupa Agamanya


Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

(inteam)

Saturday, November 07, 2009

SkRin KeHidUpaN mAnUsiA

ALAM ROH
'Bukan kah Aku TuhanMu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudanMu)'
(Surah al-A'raf 7:172)



ALAM RAHIM
'...Sebaik genap 40 hari kali ke-2 terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap 40 hari kali ke-3 bertugar menjadi seketul daging. Kemudia Allah s.w.t mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis 4 perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya...'

ALAM DUNIA
'Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya'
(Surah al-Mulk 67:2)


ALAM BARZAKH

'Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di Padang Mahsyar)sehingga Kami tidak akan tinggalakn seorang pun dari mereka'
(Surah al-Kahfi 18:47)

ALAM MAHSYAR

'Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat) : Masuklah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab siksa api neraka yang seberat-beratnya!'
(Surah Ghaafir 40:46)

ALAM SYURGA @ NERAKA

'Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya'
(Surah Ali Imran 3:185)

Monday, November 02, 2009

kita SERU atau kita kan DISERU..


"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


syukur Allahamdulillah, Dia masih sygkan kita tuk terus bertaubat dan beribdat..
jika pagi tadi, kita di'syahid'kan Allah tuk selama2 nya..apakah kita dah bersedia tuk hadapi soalan2 malaikat Mungkar & Nakir??
adakah semalam sebelum tido kita dah mengucap syahadah, kita dah maafkan semua orang, kita dah lakukan witir sebagai penutup solat sebelum kita tido??


Abu Hurairah r.a (sahabat & murid Rasulullah)

“Kawanku, Rasullullah saw telah mewasiatkan 3 perkara kpdku, yang ketiga-tiganya tidak akan aku tinggalkan sampai mati. Iaitu: Berpuasa sunat sebyk 3 hr dalam setiap bulan, mengerjakan sembahyang sunat dhuha 2 rakaat, dan mengerjakan sembahyang witir sebelum tidur.”


jika semua tu tidak dibuat dan nyawa kita telah ditarik tuk selama-lamanya, apakah kesudahan kita nnti dihadapan malaikat..dan bagaimana pula di hadapan Allah kelak??

'Ya Allah..tetapkanlah lidah kami pada kalamMu, pada syahadahMu..agar kami xmnjadi org yg hina dan rugi..ameen..'

dakwah itu adalah menyeru..dkwah tidak hanya tertumpu pada ceramah atau program2 agama..
peribadi kita juga boleh brdakwah..tunjukkan akhlak yg baik, agar menjadi ikutan org..itu juga dakwah..
jgn disempitkan pemikiran kita, dakwah itu hnya perlu dilaksanakan oleh alim ulama, para ustaz/ah, para mufti smata2..TIDAK!!

dakwah itu amanah Allah,utk kita tegakkan agamaNya..ianya
WAJIB bagi setiap insan bergelar muslim..namun setiap apa yg kita nyatakan dan seru perlu lah benar dan selari dengan apa yg disampaikan Rasullullah SAW..ad htih rwyat Muslim mnyatakan jika kita mnyeru apa-apa yg tidak sama dengan apa yg Rasulullah sabdakan, maka salah satu tempat di neraka telah ditempah oleh kita..nauzubillahi min zalik..

Allah itu yg serba tahu segala sesuatu..semoga Dia sntiasa mmbmbing kita ke jalan yg diredhaiNya dan tidak terpesong dari siratul mustaqim..

'Gembirakan lah hatimu dgn mengingati kebaikan2 yg pernah engkau lakukan..Tenangkan jiwamu dgn bertaubat dari kesalahan2..Bahagiakanlah orang lain dgn menghulurkan bantuan'

mutiara kata Dr. 'Aidh b Abdullah Al-Qarni









Wednesday, October 28, 2009

MaLu Ke??

'Ya Allah..knpa aku orgnya??knpa aku yg dpt lwest mark nie?? sedihnya..mlu lh ngn kwan2..smer tinggi2..aku jer..'

rasa sdih kn mghntui kita bila brada dlm stuasi mcm nie..mlu dgn kawan2 smkin mnebal..rasa nk lari jer, xnk jmpa kwn2 dah sbb xtertnggung mlu dpt lowest mark..

'alah..pkai short sleeve jer lah..dkat jer pun kedai tu..bkn nk g lama pun, nk g beli sabun je'

klu situasi mcm nie bleh plak kita rasa terlebih lega kan???!!xmalu lgsung ngn Allah..kalu ngn manusia, malu smpai rasa nk kurung diri dlm bilik..tapi ngn Allah skit pun xrasa malu..sdang Allah itu Maha Melihat..kita smbunyi kt ner pun Allah psti nmpak..sptutnya lgi2 lh kena rasa malu sbb dh xda tmpat nk smbunyi..

itu lh kita..sy xmksdkan org lain, tapi tu lah realiti hidup skrg..sy menlis tuk berpsan pda dri sndri dan mreka yg trut mmbaca..hdup kita nie skjap jer..xtahu bila kn balik mnhdapNYA..

'Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin' - Az-Zariyat (55)

Tuesday, October 27, 2009

KNAPA KENA SOLAT DHUHA??

A bertanya, 'knpa ad yg solat dhuha?untuk apa ya?'
B pun jwblah 'sbb solat Dhuha tu pembuka pintu rzeki..agar Allah murahkan rezeki pd kita..'
A tanya lagi..'mksdnya rezeki kita setiap hari ek?'
B jwb..'A'aa..hidup kita nie kan semernya nikmat Allah..tu smer kra rzki Allah bagi lh..tdi mlm kita tdo lena, tu nkmat Allah bgi..bila terjaga kita still bleh berpijk ke lntai..tu pun nikmat Allah..'

rezeki Allah sgt luas lingkungan nya..cuma kadang2 tu kita yang sengaja menyempitkan pmkiran, bhawa hya makan minum kita jer rezeki..yang lain tu x termasuk dlm kategori rzki..


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

semoga dapat kita amalkan bersama2..'SAMPAIKAN LAH WALAU SEPOTONG AYAT'


DOA..


'Doa tu ad 3 unsur..
1- aqidah kita
2- menghina diri
3- memohon kepada Allah'

nie antara sikit inti pati disampaikan dlm kuliah maghrib kelmarin mlm..
biasa je intonasi pemberi tazkirah, bersahaja..xda penekanan suara diselitkan..
tapi cukup berkesan tuk buat kan air mata ni brani untuk meloloskan diri..mujur air mata xda suara, kalu x mesti dh 'riuh' sebb kluar ramai2 sekali gus..

rasa hina dan kerdil menyelubungi diri, rasa apa yang di buat selama nie tiada nilai di sisi Allah..entah Allah pandang atau x 'cahaya sinaranku' nie..kita tidak sedar, nikmat Allah tu sgt banyak hingga kita lupa nk bersyukur..selama nie jika Allah tetapkan kita menjadi tetamu di RumahNya, pernah x kita berfikir kenapa Allah panggil aku ke RumahNya?? knapa org lain senang lenang dalam bilik, main laptop, tgk movie, kuar makn2.. tapi kita plak digerak hati oleh Nya tuk ke Rumah Allah..berjemaah di sana

selama nie kita sering mngadu pada manusia jika hadapi masalah kan..(walaupun hkikat sebenar penulis jenis yang pendamkan prasaan samada geram ke, suka, syg, marah, tau benci ke,etc)..pernah 1 hari nie mengadu pada teman sekelas tntng masalah n tkanan yg dhadapi..rasa lega bila bercerita..bnr lh ckp org, kalu kita share problems, it goes together with what we said..tapi sedar x kita, yg kita mngadu tu pada manusia..sehebat mana pun dia dlm psychology sekali pun x kn tndingi Allah Taala..

nie dah masuk study week..
next week 1 nov bermulalah paper pertama final exam..time2 nie, selalunya baru manusia sedar Allah tu ada.. bru nk cepat2 mohon agar dpt cemerlang exm..sebelum2 tu, x terasa pun..
ada masalah jer, ngadu kt kawan..
ad berita gmbira nk di share, kuar makan ngan kawan..
semuanya ada kaitan dengan manusia..bukan dengan ALLAH pun..
kita xpernah sedar Allah menanti2 kita berdoa dan merintih memohon padaNya..
tapi kita teramat2 sedar kita terlupa nk wish happy brthday pada manusia..

nie lah manusia..ingt Allah bila dh xda alternatif lain..
tpi ingat mnusia x kira masa..cuba lah kita fikirkan, macam mana nilaian ALLAH pada doa kita yang dipohon bila DEKAT NAK EXAM jer..
Allah tgk ke doa kita tu??
Allah ingat ke manusia yang jarang2 WISH SYUKUR padaNya nie??

Monday, August 24, 2009

RaMaDhaN aL-mUbARak


sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
'diberi kpd kaumku 5 perkara yg belum pernah diberi pada umat2 yang sebelumnya ;

1) bau mulut ORANG BERPUASA lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah

2) segala perbelanjaan dan derita lapar selama laparnya adalah SYURGA BALASANNYA

3) diampunkan dosa-dosa mereka di MALAM AL-QADAR

4) amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan digandakan kepada 10 SEHINGGA 700x GANDA, bagi mereka yang berpuasa,menahan syahwat dan makan minum kerana Allah

5) 2 nikmat yang dikurniakan adalah ketika mereka BERBUKA PUASA dan ketika mereka BERTEMU DENGAN ALLAH

Sunday, August 09, 2009

MUTIARA KATA AL-QARNI

ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah keberhasilan,
dan siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristighfar dan memperbanyakkan doa,
maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh..

sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai,
anda merasa damai dengannya,
anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya,
ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya,
dan tidak membocorkan rahsia anda..

sepotong roti kering dalam keamanan
itu lebih lazat daripada madu dalam ketakutan..
tinggal di khemah tetapiterjaga dari fitnah
itu lebih baik daripada tinggal di istana yang penuh fitnah..

Wednesday, August 05, 2009

KENAPA??

kenapa dan mengapa semua nie harus berlaku..
aku sedih bila terasa ditinggalkan..
aku sedih bagai hilang pedoman..
aku sedih bila tertimpa dugaan sebegini rupa..

saat aku beria-ia berusaha..
makin ramai pula umpama memperlekehkan aku..
tanggungjawab yang diamanahkan buat aku kaget..
bila aku kan berjaya laksanakan semua ini dengan sempurna??
bila??
kelak bila ditanya Nya..
apa aku nk jawab..
amanah yang diberi untuk dilaksanakan..
bukan untuk dipijak2 dan diabaikan..


seperti firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.'

sahabatku pernah berpesan dengan ayat ini sebagai sandaran..
aku sedar..
di sekeliling aku bukan hanya ada kawan, tapi jua lawan..
siapa yang gagal sebelum berjuang, dia memng gagal buat selamanya..
dugaan ini seharusnya aku terima dengan rela hati..
kerana kasih sayangNya pasti kan mengiringi..
semoga aku dapat bangkit dengan cepat..
agar amanah ini dapat ku laksanakan dengan penuh tanggungjawab..
hanya kerana Dia Yang Satu..
yang tidak pernah berenggang dengan ku..

Tuesday, June 02, 2009

SaTu CiNtA

Oh tuhanku

Engkau dengarlah rintihan ku

Diwaktu keheningan malam

Engkau terimalah bisikan ku

Di waktu keseorangan

Engkau kabulkan lah doaku

Walaupun aku tidak pandai

Memohon

Aku hambaMu yang hina ini

Dtg kepadaMu di waktu kegelapan malam

Mengadu segala kesalahan

Memohan dengan rahmatMu

Keampunan dan kemaafan dipinta

Aku datang

Kepada MU

Menyerah diri dengan penuh penyesalan

Aku tersungkur kehadrat Mu tuhan

Mnyerah diri dengan penuh kehinaan

Oooo

Tuhan

Sudah aku bersungguh beramal

Namun banyak cacat celanya

Bahkan ku anggal derhaka

Ditambah lagi dengan dosa2 jawari ku

Yg belum dpat aku tinggal kan..

Tuhan..

Sebenarnya aku tersiksa dengan dosa

Jiwaku tidak tenang dengan segla kesalahan

krn itulah aku dtg mengadapMu

memohon keampuanan

Ampunkan lah aku Tuhan

kalau Engkau tak ampunkan

hidupku sudah tiada erti apa2 lagi

kaya pun tiada guna

apatah lagi miskin papa

segala yang aku miliki

sudah tiada nilainya

hidupku tiada berguna


Monday, June 01, 2009

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA


1. Apabila mendengar azan, bangunlah solat serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran dan buku-buku ilmiah atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik dan janganlah sama sekali membuang masa walaupun sedikit.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul adalah satu-satunya syiar agama Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun, kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah marah, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu selalunya tenang, tenteram dan bahagia.

6. Janganlah banyak ketawa, kerana umat yang sedang berjuang itu bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring dari yang dikehendaki oleh pendengar, kerana yang demikian itu adalah satu resmi yang sia-sia, malah menyakiti orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa yang boleh mendatangkan kebajikan

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslimin yang ditemui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas pergerakan seruan kita adalah kasih-sayang.

10. Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu bantulah saudaramu dan ringankanlah bebanannya.