Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya. Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.
Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.
Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya danjauhi larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orang-orangyang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadakamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal danbukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepadaseseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas merekamendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamudan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjangkejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummudengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.
Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu.Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu.Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang danjanganlah ragu.
Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolongsesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)
e-book ’ANTARA SEMALAM DAN HARI INI-IMAM HASAN AL-BANNA’
blog ni umpama sebuah dairi, tapi bukan untuk simpanan peribadi bahkan untuk dikongsi demi kebaikan diri dan memperbaikan diri setiap yang sudi melawati..semoga apa yang dikongsi dapat digunakan tuk kebaikan bersama..insyaAllah(^_^)
hamba Allah yang hina, yang daif, yang fakir, yang lemah, yang entah dipandang atau tidak olehNya..moga aku kan terus tabah dan terus thabat dalm perjuangan dakwah ini..ameen..
0 comments:
Post a Comment